Semenjak saya berblog dgn resepi mak..pantang ada makanan terhidang maka siaplah saya dgn kamera ditangan. Minggu Akhir February sekembali saya dari Padang Indonesia, barulah saya berpeluang balik menemui mak lagi. Malamnnya mak simpankan saya Kew Teow goreng yang saya lahapkan dek kerana sangat suka dengal cili jeruk..nyenyak tidur kerana perut kenyang walaupun sudah hampir menjelang Dina hari, waktu yang sebaiknya bermunajat kepada tuhan. pagi esoknnya, agak susah untuk bangun tapi suara bapak yang kuat menjerit untuk bangun dan sarapan bersama agak kecoh wooow pagi itu ada Pulut Kelapa kegemaran Anak lelaki saya Harraz, rupa rupanya ini adalah permintaannya..mak kata menu pilihan Harraz untuk breakfast ramai ramai..seronok. Biasa kita dengar pulut dimakan dengan ikan kering tapi kami selalunya pulut dimakan bersama ikan Goreng..Ikan Segar..haha
Pulut yang sudah siap digaul kelapa parut
Bahan bahan
Beras pulut
Air
garam dan gula
kelapa parut
Cara membuatnya
Pulut direndam semalaman, paginya dibersihkan dan ditanak dengan api perlahan, kadar sukatan air hendaklah sama paras takat tenggelam pulut. Periuk hendaklah ditutup bila bertanak pulut. Bila agak mendidih masukan sedikit gula dan kacau perlahan. Tujuannya agak pulut tidak pecah perut. kembali tutup periuk dan kecilkan lagi api hingga agak berkerak.
Kelapa yang agak muda dan segar diparut kemudian digaulkan dengan sedikit garam.
Siapppp hidangan ringkas untuk pengemar pulut.
kami makan bersama ikan goreng.
No comments:
Post a Comment