Bubur kacang bukanlah makanan yang asing bagi kita, seingat aku sedari kecil aku pengemar bubur kacang, dan kalau pergi rumah jiran yang buat bubur kacang tapi dia tak pelawa atau hidangkan pasti kecik hati hehe..masa kecik dulu suka kecik kecik hati dah tua tua ni hati dah KENTAL..buang karat le nak kecik kecik hati..lebihan bubur kacang sellau dibuat ais kerim plastik..ias kerim kampung...sedap ..ni lah yang paling aku suka. tapi seumur hidup aku hanya seklai aku jumpa bubur kacang istimewa kat kedai, semasa dalam perjalanan ke Kuala terengganu melalui Jerangau Jabor nama kampung tu Tok randok..kedai simple je..saya sempat pergi jumpa tuan kedai cakap..kaka bubur kacang kak sedap sangat..selamba dia menjawab masak dengan kasih sayang...fuhhh kelas kakak ni. selain dari kakak ni of course le bubur kacang mak yang PALING SEDAP.
kacang Hijau
manisan Asli
daun pandan
telur 1 biji
Kacang hijau dibersihkan kalau arwah nenek dia gorengkan
rebus dengan air agak banyak dan api perlahan
kelihatan agak kering
Manisan Original ramai yang panggil gula melaka tapi kami panggil manisan atau Nissan
campakkan manisan tadi dan biarkan hancur dengan kepanasan perlahan
parut kelapa sebiji
dapatkan santannya tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair
telur dan daun pandan
Bila manisan sudah hancur masukan santan tadi perlahankan api
masukkan daun pandan
pcahkan telur dlam mangkuk asing bersama sesenduk bubur kacang dan tuang perlahan lahan agak tidak menjadi gumpalan telur yang besar besar
Bubur kacang Siapppp untuk minum petang atau desert makan tengah hari
Sedapppp dan menyegarkan mata!! selamat mencuba dari dapur BONDA saya!!