Tuesday, February 15, 2011

Karipap Mokku

Setiap kali saya terpandang KARIPAP dikedai, ingatan saya terus terterpa pada Mak. Karipap Mak getus hati saya dan saya yakin apa yang saya pandang tidak sama dengan karipap mak saya. Saya sama seklai tidak akan membeli mahupun merasa kalau kawan saya beli.  kawan kawan yang pernah makan karipap mak saya juga memberikan komen yang sama, Za karipap mak ko lainlah. Sedap teringat ingat. Entahlah memnag sedap ke atau KUASA AIR TANGAN mak saya. Setiap kali mak buat karipap dia pasti mengomel, fayyadh suka ni, satu satu dia ambil sedar sedar habis dalam piring atas meja. Anak lelaki saya pada asalnya bukanlah pengemar kuih kuih melayu. Dia suka roti,planta dan peanut butter je. Semenjak sering tinggal dengan mak dia menjadi pengemar setia karipap dan Donut. selang 3 hari pasti dia minta mak buatkan...mak lama tak makan karipap katanya..padahal baru 3 hari. dan mak seperti biasa akan janjikannya Karipap.

Bahan bahan Inti
Ubi Kentang
Bawang Besar
Daging
Serbuk Kari
Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya
Potong Bawang besar dan Ubi kentang dadu. jangan terlalu kecil nanti hancur dan jangan juga terlalu besar nati rupa karipap tak cantik. Tumis dgn sedikit minyak serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukan daging, dan garam, gula dan masukan sedikit air. Bila mendidih masukan bawang besar dan ubi kentang tadi. Biarkan agak kering. Bila masak angkat  ketepikan sehingga sejuk.



rupa Inti karipap yang sudah siap dan disejukan


Bahan bahan untuk Kulit Karipap
Tepung Gandum
Planta
Air panas
sedikit garam

Cara membuatnnya

Gaul planta dengan tepung gandum dan sedikit garam hingga sebati


planta , tepung dan garam yang sudah digaul

Masukan air panas perlahan lahan dan sebatikan sehingga boleh diuli. Jika terlebih planta karipap akan lebih lembut tapi mudah muak.

bila adunan lembut dan sebati senang untuk dibentuk


sebelum dibulat dan dileperkan dengan pencanai



lepas dicanai bulat bulat, masukan inti dan klip ditepi dengn kelipan gerigi


untuk dapat kulit yang menarik, jangan goreng dalam minyak yang sangat panas dan api sederhana

Selamat MENCUBA!! 
Sedap untuk minum petang bersama kopi atau teh sambut suami dan anak pulang hehe








Sunday, February 13, 2011

Sira Pisang Mokku

Antara dessert yang aku paling suka yang mak buat dan kalau akau buat sellau je tak jadi ialah SIRA PISANG. Samada mak aku terlebih pandai atau aku yang peljarannya yang Lembab tak tahulah..Sira pisang aku jarang kelihatan berkaca entah dimana silapnya. Untuk dibuat sira, mak mesti memilih pisang nangka. Pisang yang ada sedikit rasa masam masam.
pisang nangka yang baru dipetik

Bahan Bahan 
Pisang agak agak dlm 5 biji untuk satu hidangan dikupas dan potong menyerong
Gula 3 senduk
Air agak tengelam
Daun Pandan.

Cara Membuatnya

Masukan air dan gula serta daun pandang kedalam periuk dan letak diatas api sederhana hingga mendidih

Gula, air dan daun pandan


Potong pisang menyerong untuk kelihatan agak cantik walau pun akan masuk mulut hehe

Mesti potong menyerong..nenek marah nanti!! hehe

Setelah mendidih air gula tadi masukan pisang yang dipotong.


Biarkan seketika dengan api yang agak sederhana sehingga kelihatan agak kering dan berkilat. Kemudian angkat dan hidangkan.




Siap!! kelihatan berkaca!! tidak perlu menambah pewarna kuning jika memilih jenis pisang yang sesuai..mak kata tak elok mkn colour je!! bagus natural colour!! hehe

Selamat mencuba!! lepas merasa Pasti cerah mata!! hehe





Mokku SPECIALTY...Ikan Percik Mokku

Ahad, Aku tidak kemana mana. Mak memang memberi kerja sama dan sokongan pada usaha blog ini. lebih lebih lagi bila aku keutarakan hasrat kawanku Kak Nonie yang sangat serius untuk mempelajari rahsia rahsia resepi masakan simple tapi SEDAP katanya. bapak aku tersenyum melihat gelagat aku dengan camera kecil ku dan iphone untuk menulis nota ringkas resepi. pagi ahad itu mak sudah mencadangkan menu Ikan percik sebagai hidangan lunch kami seklaigus aku berpeluang merakamkan gambar dan nota untuk blog ini. Thanks Mak!!

Bahan Bahan
Ikan kembung 4 eko ( favourite kami Kembung)
Santan sebiji kelapa
8 Bawang merah
sepotong Halia
Secubit Belacan
3 batang Serai
2 sudu cili boh
Sedikit halba
garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuatnnya

bersihkan Ikan dan kelar, letakkan diatas pemanggang, hisupkan api arang. bakar menggunakan arang sanagt fresh dan sedap berbanding oven.


Ikan yang sudah disiang dan bersiah bersedia untuk diletak atas api


Ambil bawang merah, halia, belacan ditumbuk bersama dan campurkan dengan cili boh. Ketuk serai dan campurkan semua bahan didalam santan yang sudah dimasukkan kedalam periuk untuk diletak diatas api yang sederhana dan pastiakn semuanya sudah secukup rasa.

bahan yang ditumbuk, serai diketuk dan asam hanya dimasuk dlm santan.

Bila semua bahan telah dimasukan dan diletakkan diatas apai, kacau perlahan lahan. santan dan ikan dimasak seiring dan lebih baik jika berdekatan untuk memudahkan kerja siraman.


bersedia untuk dimasak atas api


Seketika bila ikan sudah kelihatan separa masak boleh memulakan siraman


kelihatan sudah meruap dan mendidih




Siraman 

dibakar selepas siraman Ulangi proses ini sehingga santan kelihatan agak kerinng dan likat


siap dihidangkan


pelengkap menu tengahari AHAD kami...pasti semua orang makan menambah....sedap makan bersama ERAT kasih sayang dan kekeluargaan...jom makan!!








Sayur Lemak Kuning Daun Kayu Mokku

Pagi sabtu, walau mata masih mengantuk aku menag merancang untuk kepasar dipekan Chukai dengan mak. Ada beberapa lagi agenda lain yang aku sudah tulis untuk dibuat bersama dengan mak. Memandu ditemani mak dan dapat berbual dengan mak adalah saat yang paling seronok. Aku boleh memahami isi hati dan jiwannya. Bila kami merayau rayau dipasar pagi itu, Mak terus beridea untuk memasak sayur lemak kuning pucuk kayu dan dimasa yang sama kami membelek daun daun ulam seperti pucuk putat, pucuk gajus dan jering muda. Apalagi untuk ulam budulah. Budu, asam limau dan cili padi khas memang membuat tengahari itu indah buat kami sekeluarga terutama aku dan mak hehe...aku memang pengemar budu dan ulam ulam kampung.

Bahan Bahan

2 ikat pucuk kayu ( biasanya sudah dicampurkan)
santan sebiji kelapa
sebiji keledek
sedikit udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sepotong kecil kunyit hidup
sedikit lada hitam
sedikit belacan
garam dan perisa secukup rasa.

Cara membuatnya

Bawang merah, bawang putih, kunyit, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama dan dimasukan kedalam santan. Masukan keledek yang dipotong sederhana serta udang yang sudah dikupas kulitnya sekali dan kacau perlahan diatas api sederhana. Bila sudah mendidih, masukkan daun daun kayu, garam dan perasa.

sedap dan berkhasiat pasti terangkat!!


sayur lemak kuning pucuk kayu Mokku


inilah hidangan tengahari kami sabtu itu. ada budu, ulam, bawang putih jeruk kegemaran hubby, ikan kerisi goreng  dan udang goreng untuk harraz....jemput makan!!! hehe

Puteri Mandi Mokku

Kami sampai agak Lewat malam itu. Sesampai saja aku terus membuka SAJI mak. Masih terhidang Puteri Mandi seperti yang diberitahu ditelefon. Puteri mandi ini adalah kuih kegemaran bapak. Kuih muih kampung yang perlu dipelihara dan kata mak bukanlah susah sangat menyediakannya.

Bahan Bahan A
Kelapa muda parut
Gula melaka
Daun pandang
Sedikit garam

Cara caranya
campur kelapa parut dengan sedikit air, gula melaka, daun pandang dan sedikit garam. letakkan diatas api dengan tahap kepanasan yang sederhana dan kacau perlahan lahan hingga agak kering. Angakt dan ketepikan.

Bahan bahan B
Tepung pulut
Sedikit kapur
air
pewarna hijau

Cara caranya
Campurkan tepung pulut, air dan sedikit kapur gaul sebati sehingga boleh digentel campurkan sedikit pewarna hijau. gentel bulat bulat dan leperkan. Didihkan airdalam peiuk campakkan doh yang sudah dibentukkan bila timbul angkat dan gaulkan kedalam bahan A tadi. Buat sehingga jabis dan hidangkan.

Sesuai sebagai pemanis mulut.

Friday, February 11, 2011

MAK saya berdarah BANGSAWAN

Beberapa jam lagi saya akan bertemu dengan MAK. Insan terpenting dalam hidup saya lebih lebih lagi semenjak kematian Arwah Adik saya Azman. Mak saya Tengku Aini Tengku Chik memnag popular dengan panggilan manja MOKKU. Masa saya kecil kecil dulu, saya sangat cemburu dengan nama TG mak kat depan dan saya tertanya sendiri mengapa mak ada TG dan mengapa saya tidak. Lama lama baru saya faham, sebab mak kahwin dengan orang kebanyakkan iaitu bapak saya Mamat Ali.

Mak adalah anak Tengku Chik bin Tengku Debok dengan Tuan Syarifah binti Tuan Tengah. Arwah bapanya saya panggil Tokku dan Arwah Ibunnya saya panggil Cik. Mak ada seorang kakak seibu yangs angat rapat dengannya iaitu Ummi Tuan Napisah syed Abdullah. Dia juga seorang yangs angat penting dalam hidup saya. Adik beradik mak yang sebapa seramai 6 orang. yang plaing rapat ialah Tengku Aziz yang saya panggil Amin. Saya sangat menghormati Amin Aziz ini.

Semenjak saya kecil mak sering bercerita kisah hidupnya dari keluarga yang berpecah belah. bapanya bercerai dengan ibunnya kerana status dan sikap. Mak adalah anak yang terumbang ambing. Ketika itu saya cuba memahmi kisah hidup mak. Mak tidak kekiri dan tidak juga kekanan. Dia agak terumbang ambing. disitulah simpati pertama saya terlahir tentang Mak.

Arwah nenek sangat garang, Arwah tokku pula sudah ada tanggung jawab lain. mak mnumpang kasih moyang, arwah nyan Lijah. Mak kata Nyan Lijah pandai masak dan mak suka perhatikan masakannya. takdir mak berkahwin dengan ayah saya seorang biasa yang agak kontroversi. Ya lah zaman dulu dulu..malah masih ada disetengah tempat persoalan status. dari penceritaan mak, ayah saya sangat GILAkan mak. mak ramai follower masa tu. mak ada AURA tersendiri dan mak sangat aktif dengan pergerakan belia kampung.

Kami 6 beradik adalah anak anak mak. 2 lelaki dan 4 perempuan. saya adalah anak kedua mak yang rapat dengan nenek dan kakak mak yangs aya panggil Ummi. Mak juga mewarisi nenek diusia mudannya GARANG. Masa kami 3 beardik, kaki selalu kena libas dengan rotan kalau kaki kotor masuk rumah dan rumah mak memnag bersih.

Semenjak tahun 1984, kami berpindah rumah. Semenjak itulah saya semakin melihat kecekalan hati dan perubahan mak. Mak berubah berdikit dikit dan saya sangat bangga. Kini mak tidak lagi garang tapi seorang yang sabar dan tabah hati. Cuma saya sedih ujian kesihatan mak akhir kahir ini memberitahu yang mak mengidap darah tinggi dan sudah mula makan ubat setiap hari.

Tengahari tadi mak telefon, sambil menati kepulangans aya dan suami, dia menyiapkan PUTERI MANDI. Makanan pencuci mulut yangs angat digemari bapak saya. tidak sabars aya untuk pulang dan menikmati PUTERI MANDI. Kekadang mak buatkan yang bersusu . Itu lagi saya suka. kami panggil Puteri Mandi Susu.

Bestnya Jumpa Mak!!





Inilah anak anak saya yang menemani Mak saban hari...mak seronok melayani kerenah dan mak kagum dengan hati hati mereka berdua..mama tumpang bangga sayang...

Thursday, February 10, 2011

Segala UNTUK MU MAK

Bagaimanakan ku MULA
Menyusun KATA KATA
yang INDAH untuk ku ABADIKAN
tiap MADAH berkisah
Tiap KATA terisi
Engkaulah ILHAMKU
CAHAYA diwajahmu
SENYUM dibibirmu
memberi SERIBU tanda PENGHARAPAN
Mungkinkah kau tahu disaat begini
AKU KERINDUAN


Akan kususun bicara indah untuk ku abadikan buat ahli keluarga semua INSAN sepertimu TERLALU istimewa mak. 40 tahun cukup untuk mematangkan aku menilai KEUTUHAN kasih mu yang tidak berbelah bagi. Kemesraanmu, kasih sayangmu, airtanganmu, jagaanmu, sentuhanmu dan air susumu cukup mengikat hatiku untuk terus MENYINTAIMU dan meletakkan mu ditempat PALING ISTIMEWA dihati ini...