Sunday, February 13, 2011

Mokku SPECIALTY...Ikan Percik Mokku

Ahad, Aku tidak kemana mana. Mak memang memberi kerja sama dan sokongan pada usaha blog ini. lebih lebih lagi bila aku keutarakan hasrat kawanku Kak Nonie yang sangat serius untuk mempelajari rahsia rahsia resepi masakan simple tapi SEDAP katanya. bapak aku tersenyum melihat gelagat aku dengan camera kecil ku dan iphone untuk menulis nota ringkas resepi. pagi ahad itu mak sudah mencadangkan menu Ikan percik sebagai hidangan lunch kami seklaigus aku berpeluang merakamkan gambar dan nota untuk blog ini. Thanks Mak!!

Bahan Bahan
Ikan kembung 4 eko ( favourite kami Kembung)
Santan sebiji kelapa
8 Bawang merah
sepotong Halia
Secubit Belacan
3 batang Serai
2 sudu cili boh
Sedikit halba
garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuatnnya

bersihkan Ikan dan kelar, letakkan diatas pemanggang, hisupkan api arang. bakar menggunakan arang sanagt fresh dan sedap berbanding oven.


Ikan yang sudah disiang dan bersiah bersedia untuk diletak atas api


Ambil bawang merah, halia, belacan ditumbuk bersama dan campurkan dengan cili boh. Ketuk serai dan campurkan semua bahan didalam santan yang sudah dimasukkan kedalam periuk untuk diletak diatas api yang sederhana dan pastiakn semuanya sudah secukup rasa.

bahan yang ditumbuk, serai diketuk dan asam hanya dimasuk dlm santan.

Bila semua bahan telah dimasukan dan diletakkan diatas apai, kacau perlahan lahan. santan dan ikan dimasak seiring dan lebih baik jika berdekatan untuk memudahkan kerja siraman.


bersedia untuk dimasak atas api


Seketika bila ikan sudah kelihatan separa masak boleh memulakan siraman


kelihatan sudah meruap dan mendidih




Siraman 

dibakar selepas siraman Ulangi proses ini sehingga santan kelihatan agak kerinng dan likat


siap dihidangkan


pelengkap menu tengahari AHAD kami...pasti semua orang makan menambah....sedap makan bersama ERAT kasih sayang dan kekeluargaan...jom makan!!








No comments:

Post a Comment