Sekian lama menyepi dari blog resepi mak saya ini bukan kerana sudah hilang minta...hilang minat tidak sesekali berlaku kerana tujuan dan kepentingannya JELAS tapi kerana terlalu sibuk dan saya hanya berkesempatan pulang selepas 3 minggu dari kepulangan yang lepas dengan kuih kosui itu. hajat dihati untuk menambah cuti barang 2 ke 3 hari dek kerana si hubby tidak boleh cuti so kenalah kuatkan semangat teruskan bekerja. Pulang kali ini bagai marathon untuk bekejar pelabagi resepi. Alhamdulilah kami berjaya siapkan 6 resepi untuk dimasukan kedalam Blog ini. salah satunya Bubur Lambuk Mokku.
Dulu aku tidak suka bubur lambuk kerana banyak sayur, masa berubah minda berjaya mengarahkan aku mengatakan bubur lambuk ini bagus kerana keseimbanagan kandungan fiber dan protin, makanan yang ringkas dan sangat seronok bile dimakan beramai ramai. Tiap kali bulan puasa atau tiap kali berkumpul kami sering memilih menu ramai ramai bubur LAMBUK. Selepas aku mencuba bubur lambuk mak buat kali pertama, aku tidak suka sebarang bubur lambuk lain yang datang dalam hidupku kalau ada orang sedekah dibulan Ramadhan biasanya aku bagi saja paad orang lain kerana aku tidak mengemari rasa bubur lambuk mereka.hehe
Bubur LAMBUK Mokku
Bahan Bahannya
2 ikat sayur daun ( ada dipasar terdiri dari pucuk midin, pucuk labu, daun kunyit, daun kesum dan macam macam)
5 ekor ikan sadin ( kami panggil ikan selayang)
2 pot kecil beras
Bawang merah dan halia
sesudu budu
garam dan serbuk perasa.
Cara menyediakannya
Basuh Beras dan rebus bersama air yang agak banyak.
2 pot kecil beras yang belum dibasuh
lepas dibasuh, masak atas api dengan kadar air yang banyak
sambil menunggu beras mendidih dan agak likat, sediakan bahan bahan isi bubur, rebus ikan sadin bersama sedikit air, sejukan dan keluarkan isi ikan..
ikan yang sudah direbus
Isi ikan
Dimasa yang sama juga, siang daun daun sayur, bersih dan toskan
pucuk pucuk sayur
siap disiang, basuh dan menunggu untuk dimasukan kedalam bubur.
Kupas bawang merah dalam 8 biji bersama Halia sebesar ibu kaki dan blandkan bahan bahan ini.
bawang dan halia
campurkan bahan bland pada bubur yang sudah separa surut airnya dan sedang mendidih.
Sediakan budu
campurkan bersama isi ikan dan budu serta garam dan serbuk perasa dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukan daun daun sayur
Biarkan seketika dan jangan terlalu layu daunnya
Siap dihidangkan dan sedia untuk dinikmati
Komen ayah saya untuk bubur lambuk mokku yang kami sediakan untuk blog tempohari dia lebih suka sayurnya agak LAYU..hehe..saya pulak sauka sayur yang kurang layu...banyak zat !!
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment