Hampir 2 minggu Blog resepi Mokku ini tidak ada update baru. Rindu sungguh rindu, 2 hari lepas merancang untuk mulakan aktiviti persediaaan blog tapi masih tertunda dengan tindakan segera menghantar Afiq balik ke Seberang Takir. saya berkata pada mak...takut nanti jadi malas dan semakin malas dan plan untuk mengumpul 150 resepi lebih TERBENGKALAI.
Ahad (semlm), saya keluar makan kenduri dengan mak, bermakna seklai lagi tiada lauk pauk istimewa mampu kami buat untuk blog, lalu mak mencadangkan lagi pun hubby teringin nak makan Kuih Kosui dan terbitlah resepi untuk tatapan semua hari ini Kuih Kosui Mokku.
Bahan Bahan
Tepung beras sepaket
Tepung gandum
manisan
gula
air kapur
air sejuk
kelapa muda parut
garam.
cara membuatnya
mak menggunakan manisan Original..warnanya agak kehitaman
manisan tadi dimasak bersama air hingga hancur dan campurkan bersama sesenduk gula untuk sedikit rasa manis yang lebih sedikit
tepung beras dicampur dengan sesenduk tepung gandum
air sejuk
air kapur
campurkan air manisan yang panas , air sejuk dan air kapur
kacau sebati
campurkan air sejuk dan kacau sebati
pastikan adunan agak tidak terlalu cair dan tidak terlalu likat
Adunan Kosui mokku yang siap untuk disteamkan
Panaskan acuan dan pastikan air steam mendidih
masukkan adunan dan siap untuk disteam
Kukus selama 30 minit hingga kelihata pejal dan tidak melekat pada lidi bila dicucuk
sejukan sebelum dipotong
Kelapa muda yang sudah diparut dan digaul bersama garam
kosui mokku dimakan bersama kelapa muda parut...Sedap untuk minum petang. Petang itu Hubby saya sani habis 2 piring..
SELAMAT MENCUBA KOSUI MOKKU
sedapnya kak za....azue suker kuih nie...tp selalu beli x sedap sebab keras sgt...suker yg lembik2 gituuu
ReplyDelete