Me and my Mum..MOKKU

Me and my Mum..MOKKU

Thursday, April 14, 2011

Bubur Kacang Mokku

Bubur kacang bukanlah makanan yang asing bagi kita, seingat aku sedari kecil aku pengemar bubur kacang, dan kalau pergi rumah jiran yang buat bubur kacang tapi dia tak pelawa atau hidangkan pasti kecik hati hehe..masa kecik dulu suka kecik kecik hati dah tua tua ni hati dah KENTAL..buang karat le nak kecik kecik hati..lebihan bubur kacang sellau dibuat ais kerim plastik..ias kerim kampung...sedap ..ni lah yang paling aku suka. tapi seumur hidup aku hanya seklai aku jumpa bubur kacang istimewa kat kedai, semasa dalam perjalanan ke Kuala terengganu melalui Jerangau Jabor nama kampung tu Tok randok..kedai simple je..saya sempat pergi jumpa tuan kedai cakap..kaka bubur kacang kak sedap sangat..selamba dia menjawab masak dengan kasih sayang...fuhhh kelas kakak ni. selain dari kakak ni of course le bubur kacang mak yang PALING SEDAP.

Bahan bahan

kacang Hijau
manisan Asli
daun pandan
telur 1 biji


Kacang hijau dibersihkan kalau arwah nenek dia gorengkan

rebus dengan air agak banyak dan api perlahan

kelihatan agak kering

Manisan Original ramai yang panggil gula melaka tapi kami panggil manisan atau Nissan

campakkan manisan tadi dan biarkan hancur dengan kepanasan perlahan

parut kelapa sebiji

dapatkan santannya tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair

telur dan daun pandan

Bila manisan sudah hancur masukan santan tadi perlahankan api

masukkan daun pandan 

pcahkan telur dlam mangkuk asing bersama sesenduk bubur kacang dan tuang perlahan lahan agak tidak menjadi gumpalan telur yang besar besar

Bubur kacang Siapppp untuk minum petang atau desert makan tengah hari


Sedapppp dan menyegarkan mata!! selamat mencuba dari dapur BONDA saya!!

Daging Goreng Kampung Mokku

Bila sebut Daging saya pasti tergambar menu daging goreng kampung ini..rasanya lengkap dan masakannya sangat senang. Bila musim Qurban hampir hari hari inilah masakan berasas daging yang sering disediakan Mak saya.

Bahan bahan

Daging batang Pinang dipotong nipis nipis
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Asam keping
kicap
sedikit garam, gula dan perasa


daging batang Pinang yang cantik dan lembut

Dipotong nipis dan dibersihkan

Rebus daging bersama 2 gelas air dan dimasukan asam keping, garam dan gula

Bahan bahan untuk ditumbuk, Cili api, bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit

bahan yang sudah ditumbuk

bawang besar dipotong separa bulat

Rebusan daging kelihatan mendidih

masukkan bahan tumbuk dan bahan potong

tunggu hingga kelihatan agak kering airnya

masukan minyak seakan hendak menumis

kacau balik dan biarkan seketika

masukan kicap dan serbuk perasa jika suka dan kacau seketika 

daging Goreng Kampung Mokku yang RINGKAS siapppppp


Selamat mencuba dan selamat berselera tanpa perlu bersusah payah!!!

Asam Pedas Mokku

Antara favourite dish yang selalu disediakan Mak ialah ASAM PEDAS. masakan ini menjadi kegemaran seisi rumah. Seperti masakan yang lain asam pedas mak saya ini sangat senang dan simple tapi cukup menjadikan hidangan makan kami LENGKAP dan berasap.

Bahan Bahan

Ikan Tenggiri atau Ikan Merah
Bawang merah,
Bawang Putih
Lengkuas
Kunyit
halia
Cili Boh
Belacan
Asam Keping
Sedikit gula, garam dan perasa

Yang paling penting DAUN KESOM

Ikan tenggiri disiang dan dibersihkan

bahan bahan yang sedia untuk ditumbuk jangan lupa masukan sedikit BELACAN

bahan bahan tumbuk dicampur bersama sesudu CILI BOH dan masukan air dan masak atas kuali

Bila mendidih, masukan ikan, asam keping garam, gula dan serbuk perasa biar seketika  akhir seklai amsukan DAUN KESOM


Asam pedas Mokku Siappppp


Cubalah untuk hudangan yang lebih menyelerakan!!




Tuesday, April 12, 2011

Bubur LAMBUK Mokku

Sekian lama menyepi dari blog resepi mak saya ini bukan kerana sudah hilang minta...hilang minat tidak sesekali berlaku kerana tujuan dan kepentingannya JELAS tapi kerana terlalu sibuk dan saya hanya berkesempatan pulang selepas 3 minggu dari kepulangan yang lepas dengan kuih kosui itu. hajat dihati untuk menambah cuti barang 2 ke 3 hari dek kerana si hubby tidak boleh cuti so kenalah kuatkan semangat teruskan bekerja. Pulang kali ini bagai marathon untuk bekejar pelabagi resepi. Alhamdulilah kami berjaya siapkan 6 resepi untuk dimasukan kedalam Blog ini. salah satunya Bubur Lambuk Mokku

Dulu aku tidak suka bubur lambuk kerana banyak sayur, masa berubah minda berjaya mengarahkan aku mengatakan bubur lambuk ini bagus kerana keseimbanagan kandungan fiber dan protin, makanan yang ringkas dan sangat seronok bile dimakan beramai ramai. Tiap kali bulan puasa atau tiap kali berkumpul kami sering memilih menu ramai ramai bubur LAMBUK. Selepas aku mencuba bubur lambuk mak buat kali pertama, aku tidak suka sebarang bubur lambuk lain yang datang dalam hidupku kalau ada orang sedekah dibulan Ramadhan biasanya aku bagi saja paad orang lain kerana aku tidak mengemari rasa bubur lambuk mereka.hehe

Bubur LAMBUK Mokku

Bahan Bahannya

2 ikat sayur daun ( ada dipasar terdiri dari pucuk midin, pucuk labu, daun kunyit, daun kesum dan macam macam)
5 ekor ikan sadin ( kami panggil ikan selayang)
2 pot kecil beras
Bawang merah dan halia
sesudu budu
garam dan serbuk perasa.

Cara menyediakannya

Basuh Beras dan rebus bersama air yang agak banyak.

2 pot kecil beras yang belum dibasuh


lepas dibasuh, masak atas api dengan kadar air yang banyak 

sambil menunggu beras mendidih dan agak likat, sediakan bahan bahan isi bubur, rebus ikan sadin bersama sedikit air, sejukan dan keluarkan isi ikan..

ikan yang sudah direbus

Isi ikan

Dimasa yang sama juga, siang daun daun sayur, bersih dan toskan
pucuk pucuk sayur

siap disiang, basuh dan menunggu untuk dimasukan kedalam bubur.

Kupas bawang merah dalam 8 biji bersama Halia sebesar ibu kaki dan blandkan bahan bahan ini.

bawang dan halia

campurkan bahan bland pada bubur yang sudah separa surut airnya dan sedang mendidih.

Sediakan budu

campurkan bersama isi ikan dan budu serta garam dan serbuk perasa dan biarkan seketika.


Akhir sekali masukan daun daun sayur

Biarkan seketika dan jangan terlalu layu daunnya

Siap dihidangkan dan sedia untuk dinikmati

Komen ayah saya untuk bubur lambuk mokku yang kami sediakan untuk blog tempohari dia lebih suka sayurnya agak LAYU..hehe..saya pulak sauka sayur yang kurang layu...banyak zat !!

SELAMAT MENCUBA