Me and my Mum..MOKKU

Me and my Mum..MOKKU

Friday, February 11, 2011

MAK saya berdarah BANGSAWAN

Beberapa jam lagi saya akan bertemu dengan MAK. Insan terpenting dalam hidup saya lebih lebih lagi semenjak kematian Arwah Adik saya Azman. Mak saya Tengku Aini Tengku Chik memnag popular dengan panggilan manja MOKKU. Masa saya kecil kecil dulu, saya sangat cemburu dengan nama TG mak kat depan dan saya tertanya sendiri mengapa mak ada TG dan mengapa saya tidak. Lama lama baru saya faham, sebab mak kahwin dengan orang kebanyakkan iaitu bapak saya Mamat Ali.

Mak adalah anak Tengku Chik bin Tengku Debok dengan Tuan Syarifah binti Tuan Tengah. Arwah bapanya saya panggil Tokku dan Arwah Ibunnya saya panggil Cik. Mak ada seorang kakak seibu yangs angat rapat dengannya iaitu Ummi Tuan Napisah syed Abdullah. Dia juga seorang yangs angat penting dalam hidup saya. Adik beradik mak yang sebapa seramai 6 orang. yang plaing rapat ialah Tengku Aziz yang saya panggil Amin. Saya sangat menghormati Amin Aziz ini.

Semenjak saya kecil mak sering bercerita kisah hidupnya dari keluarga yang berpecah belah. bapanya bercerai dengan ibunnya kerana status dan sikap. Mak adalah anak yang terumbang ambing. Ketika itu saya cuba memahmi kisah hidup mak. Mak tidak kekiri dan tidak juga kekanan. Dia agak terumbang ambing. disitulah simpati pertama saya terlahir tentang Mak.

Arwah nenek sangat garang, Arwah tokku pula sudah ada tanggung jawab lain. mak mnumpang kasih moyang, arwah nyan Lijah. Mak kata Nyan Lijah pandai masak dan mak suka perhatikan masakannya. takdir mak berkahwin dengan ayah saya seorang biasa yang agak kontroversi. Ya lah zaman dulu dulu..malah masih ada disetengah tempat persoalan status. dari penceritaan mak, ayah saya sangat GILAkan mak. mak ramai follower masa tu. mak ada AURA tersendiri dan mak sangat aktif dengan pergerakan belia kampung.

Kami 6 beradik adalah anak anak mak. 2 lelaki dan 4 perempuan. saya adalah anak kedua mak yang rapat dengan nenek dan kakak mak yangs aya panggil Ummi. Mak juga mewarisi nenek diusia mudannya GARANG. Masa kami 3 beardik, kaki selalu kena libas dengan rotan kalau kaki kotor masuk rumah dan rumah mak memnag bersih.

Semenjak tahun 1984, kami berpindah rumah. Semenjak itulah saya semakin melihat kecekalan hati dan perubahan mak. Mak berubah berdikit dikit dan saya sangat bangga. Kini mak tidak lagi garang tapi seorang yang sabar dan tabah hati. Cuma saya sedih ujian kesihatan mak akhir kahir ini memberitahu yang mak mengidap darah tinggi dan sudah mula makan ubat setiap hari.

Tengahari tadi mak telefon, sambil menati kepulangans aya dan suami, dia menyiapkan PUTERI MANDI. Makanan pencuci mulut yangs angat digemari bapak saya. tidak sabars aya untuk pulang dan menikmati PUTERI MANDI. Kekadang mak buatkan yang bersusu . Itu lagi saya suka. kami panggil Puteri Mandi Susu.

Bestnya Jumpa Mak!!





Inilah anak anak saya yang menemani Mak saban hari...mak seronok melayani kerenah dan mak kagum dengan hati hati mereka berdua..mama tumpang bangga sayang...

No comments:

Post a Comment