Sabtu dirumah Mak sememangnya INDAH buat saya. walaupun minggu ini saya dan mak tidak kepasar menjamu mata dan minda untuk mencipta rasa dan selera buat keluarga, dek kerana masih kepenatan, saya bercadang untuk kekedai berhampiran sahaja tapi mak seawal pagi sudah mencadangkan Kari Ikan Tenggiri sebagai menu UTAMA makan tengah hari kami. Ikan Tenggiri tidak pernah tiada didalam Fridge Mak kerana kami seisi keluarga mengemari ikan ini, sesekali sahaj bertukar Ikan merah bila dicadangkan suamiku yang mengemari ikan merah lebih dari ikan tenggiri.
Bahan Bahan
ikan Tenggiri atau apa saja ikan yang anda suka, Santan, Bawang merah dan bawang putih dimayang halus, daun kari, biji sawi untuk kari( boleh dibeli dikedai) bawang merah , bawang putih dan hali untuk ditumbuk, Serbuk kari ikan adabi, cili boh, sedikit belacan dan asam jawa.
santan dari sebiji kelapa
Bahan bahan yang dimayang, daun kari dan biji sawi
bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit belacan
Serbuk kari ikan dan cili boh
Ikan yang siap dibersihkan
Cara menyediakannya:-
panaskan minyak dalam kuali
tumiskan bahan bahan yang dimayang bersama biji sawi dan daun kari
campurkan bahan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan cili boh
campurkan seklai bila sudah naik bau dan biarkan seketika
buatkan air asam jawa campur sekali
campurkan garam dan sedikit gula secukup rasa dan biarkan seketika dengan api perlahan
masukan santan kacau perlahan
masukan ikan bila santan agak mendidih
Biarkan mendidih lagi
siap dan hidangkan..wah AROMAnya
Bila kari menjadi menu utama memnag tidak lekang dari SAMBAL BELACAN. Mak saya punya sambal belacan memang terkenal dikalangan kaum kerabat dan sahabat handai, sambal belacannya sangat mengancam hehe..kari ini terasa kurang tanpa dimakan bersama sambal belacan..Jom kita mencuba Kari Ikan Mokku. Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment