Monday, March 21, 2011

Kuih Kosui Mokku

Hampir 2 minggu Blog  resepi Mokku ini tidak ada update baru. Rindu sungguh rindu, 2 hari lepas merancang untuk mulakan aktiviti persediaaan blog tapi masih tertunda dengan tindakan segera menghantar Afiq balik ke Seberang Takir. saya berkata pada mak...takut nanti jadi malas dan semakin malas dan plan untuk mengumpul 150 resepi lebih TERBENGKALAI.

Ahad (semlm), saya keluar makan kenduri dengan mak, bermakna seklai lagi tiada lauk pauk istimewa mampu kami buat untuk blog, lalu mak mencadangkan lagi pun hubby teringin nak makan Kuih Kosui dan terbitlah resepi untuk tatapan semua hari ini Kuih Kosui Mokku.

Bahan Bahan
Tepung beras sepaket
Tepung gandum
manisan
gula
air kapur
air sejuk
kelapa muda parut
garam.

cara membuatnya


mak menggunakan manisan Original..warnanya agak kehitaman

manisan tadi dimasak bersama air hingga hancur dan campurkan bersama sesenduk gula untuk sedikit rasa manis yang lebih sedikit

tepung beras dicampur dengan sesenduk tepung gandum 

air sejuk

air kapur

campurkan air manisan yang panas , air sejuk dan air kapur 

kacau sebati

campurkan air sejuk dan kacau sebati

pastikan adunan agak tidak terlalu cair dan tidak terlalu likat

Adunan Kosui mokku yang siap untuk disteamkan



Panaskan acuan dan pastikan air steam mendidih

masukkan adunan dan siap untuk disteam

Kukus selama 30 minit hingga kelihata pejal dan tidak melekat pada lidi bila dicucuk


sejukan sebelum dipotong


Kelapa muda yang sudah diparut dan digaul bersama garam

kosui mokku dimakan bersama kelapa muda parut...Sedap untuk minum petang. Petang itu Hubby saya sani habis 2 piring..

SELAMAT MENCUBA KOSUI MOKKU





Thursday, March 3, 2011

Nasi Ayam Mokku

Nasi Ayam satu hidangan yang RINGKAS tapi sangat memenuhi keseimbangan keperluan diet kita. Nasi Ayam ada pelbagai jenis dan saya pernah cuba pelbagai rasa dar pelbagai orang. At the end, saya berani katakan Nasi ayam Mak saya yang PALING RINGKAS dan PALING SEDAP...sorry (tutup muka). Nasi ayam resepi rahsia mak saya antara masakan terawal yang saya belajar untuk kemudahan hidup berkeluarga, sebab senang dan anak anak suka. dari saya menjamu selera dichiken rice shop yang mahal dan tak sedap atau jauh jauh pergi cari nasi ayam my mum chicken rice Linda Onn punya..sorry ek..tak sedap dan mahal..hahaha. atas sebab sebab itu saya sendiri semakin pandai membuat Nasi Ayam Mokku ini.

Bahan Bahan

Ayam yang sudah siap dibersihkan dan dipotong empat

Rebuskan ayam pastikan lebihkan airnya untuk kegunaan nasi dan sup



Rebus hingga mendidih dan ayamnya empuk

Toskan ayam dan tinggalkan bhg bhg kecil dalam sup

Perap Ayam dengan campuran kicap cair dan kicap pekat

Gorengkan ayam dalam minyak separa


Sementara memerap ayam atau menggoreng ayam.....Sediakan Nasi nya



Bersihkan Beras..guna Beras yang elok untuk hasil nasi yang Elok

Toskan Beras

Bahan Untuk Menggoreng Beras yang ditos, Halia, bawang Merah, Bawang Putih dan magerine

Tumis kan sehingga naik bau dan garing

Masukankan beras dan goreng seketika 

Masukan kedalam rice cooker bersama air rebusan ayam mengikut sukatan seperti mana memasak nasi dan masukan sedikit garam dan seketul halia



Untuk menyediakan Supnya....


bahan yang diperlukan, Kiub pati Ayam, daun sup, bawang goreng dan halia

perlahankan api pada baki air rebusan ayam tadi dan masukan bahan bahan beserta garam dan perasa jika suka halia cuma perlu diketuk

Sup Siap


untuk menyediakan sambal Nasi Ayam Mokku

Sos Tomato, Cili kecil dan besar, bawang putih seulas, halia sepotong, bawang besar sepotong, potongan limau nipis, garam dan gula

Tumbuk bahan bahan tadi dan perahkan limau nipis ...Siappp


Nasi Ayam tidak lengkap tanpa salad, Timun dan Tomato

Hidangan salad bersama ayam goreng yang sudah siap dipotong

Hidangan Ringkas, Cepat dan berkhasiat...apa lagi SEDAPPPPPP

Selamat mencuba....semoga semua akan terus JATUH CINTA pada Nasi Ayam Mokku


















Wednesday, March 2, 2011

Tepung Kapur Mokku

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar kuih Tepung Kapur. masa kecil dahulu, saya tidak suka kuih ni sebab ada nama kapur saya tak suka tenguk orang makan sirih..hehe saya tak pernah sentuh kuih ini hinggalah saya besar bila terpaksa bawak kesekolah saya memberikannya pada kawan saya yatie dan yatie kata sedap barulahs aya mencuba makan dan mulai hari itu saya suka kuih Tepung kapur Mak yang saya brandkan tepung kapur Mokku. Kuih ini kebiasaannya dibuat malam, saya suka menolong mak membuatnya masa kecil sebab suka tenguka adunan yang pekat dimasukan kedalam daun pisang dan cepat cepat dimasukan dalam air yang tengah mendidih. Budak budakkan suka kan sesuatu yang FUN!! itulah zaman saya, hari hari mak kena masak sebab tak ada duit nak beli, sekrg masak jugak sebab orang jual tak SEDAP..hahaha

Bahan bahannya

Tepung gandum
Manisan bulat dihiris nipis nipis ikut kemanisan yang disukai mak biasa gunakan 5 keping kecil untuk setengah kilo gandum
air kapur dlm 2 sudu
bancuh kesemuanya sehingga menjadi likat jgn terlalu cair dan jangan terlalu pekat, kalau pekat keras bila sejuk dan kalau cair lemik sangat susah untuk potong.

aduna tepung kapur campuran air kapur, tepung dan manisan ( Gula Melaka)

potong daun pisang Benggala ( paling wangi) dan kesat bersih bersih

bentukkan kon dan masukkan adunan tepung dan ketipkan dengan lidi runcing pastikan air tengah mendidih sebelum dimasukkan

rebus agak 30 ke 40 minit dengan bertutup periuk dan api sederhana
 angkat tos dan sejukkan

tepung kapur sebelum dipotong

dipotong sebelum digaul dengan kelapa parut yang sudah dicampur dengan sedikit garam

inilah rupanya TEPUNG KAPUR MOKKU yang siap untuk dimakan..yummy boleh juga untuk minum petang rasanya lebih sedap dari kosoi sebab wangi daun pisang dan kerja merebus bukan steam.


sesekali mencuba Resepi CLASSIC ini...pasti senyum sang suami..mertua tak ada gigi pun boleh makan..hehehe










Ayam Masak Merah Mokku

Hari sabtu itu selain dari Kari ikan Tenggiri, sambal belacan, ada jugak Udang goreng kunyit untuk si Harraz, kangkung Belacan untuk Bak dan aku cadangkan pada Mak ayam masak Merah kerana ini adalah favourite adik bongsuku Fatin. Aku Kureng sikit ayam masak merah ni..seleraku punah kerana sellau makan orang punya tapi setiap kali aku mengambil seketul ayam masak merah pasti aku menyesal tak makan awal awal sebab susah nak buang rasa tak sedap yang pernah ada pada lidah ini lantaran makan masak merah kat kantin universiti...hari tu pun langsung aku tidak sentuh semua dibedal dek Fatin dan Fayyadh...sebab aku sudah jatuh cinta hanya dgn kari dans ambal belacan...Bila tenguk Ayam Masak Merah memang dua wajah tergambar ialah Linda dan Fatin..hantu Ayam Masak Merah Mokku.

Bahan Bahan & cara caranya

Ayam yang siap dibersihkan

perap dengan garam, serbuk kunyit dan sedikit cuka

Gorengkan ayam

siap digoreng sebaiknya jangan garing dan ketepikan seketika

Bawang besar, bawang putih dan halia

sos Tomato dan cili boh

panaskan kuali dan masukan semua bawang dan cili boh dan sos tomato

Biarkan agak garing dengan api perlahan, masukan sedikit gula dan garam serta serbuk perasa

masukan ayam dan biarkan mesra

siap!! hidangan simple yang SEDAPPPP


kepada pengemar pengemar ayam..selamat MENCUBA..banyak lagi resepi berasaskan ayam yang perlu dikorek dari mak saya